Bagaimanakah saya dapat memainkan peranan penting dalam menangani COVID-19?
Seperti yang dimaklumkan
melalui media massa, Malaysia telah memasuki gelombang kedua jangkitan COVID-19.
Angka bagi kes jangkitan COVID19 juga telah mencapai lebih daripada 1000 kes.
Hal ini sangat membimbangkan seluruh rakyat Malaysia. PM Malaysia juga telah
mengumumkan untuk melaksanakan perintah kawalan pergerakan bermula dari 18 Mac 2020
hingga 31 Mac 2020. PM turut menjelaskan bahawa perintah kawalan pergerakan ini
bertujuan untuk membendung penularan wabak COVID-19 dengan menghadkan pergerakkan orang ramai dan
sekali gus menghadkan transmisi penyakit COVID-19. Walau bagaimanapun, masih
ramai yang melanggar perintah kawalan pergerakan ini. Segelintir mereka masih
mengambil sikap sambil lewa akan perkara ini hingga menyebabkan pihak berkuasa
seperti PDRM turut mengambil tindakan seperti melakukan rondaan dan sekatan
jalan raya bagi membendung pertambahan
kes. Oleh itu, bagaimanakah kita sebagai orang biasa dapat membantu kerajaan
dan juga negara kita dalam menangani penularan wabak ini dan juga menyedarkan
masyarakat yang masih bersikap tidak prihatin akan isu ini?
1) Mengambil masa 20 saat membuat penyelidikan (research)
sebelum share/forward di media sosial.
Sama seperti
mencuci tangan anda dengan sabun selama 20 saat, anda juga harus mengambil
sekurang-kurangnya 20 saat untuk menyelidik setiap maklumat yang anda dapat
sebelum menghantar ataupun share/forward di media sosial yang lain. Maklumat
yang anda terima melalui share/forward haruslah sahih dan benar. Hal ini adalah
untuk membendung penularan berita palsu atau maklumat yang tidak sahih
berkaitan dengan COVID-19. Bagi mendapatkan perkembangan terkini COVID-19 di
Malaysia, Majlis Keselamatan Negara menyediakan platform di media sosial
seperti Telegram untuk memberikan maklumat-maklumat berkaitan dengan COVID-19
yang sahih.
2) Jangan menyebarkan maklumat yang salah mengenai
pencegahan atau penawar untuk wabak COVID-19.
Penyebaran maklumat
yang salah mengenai penawar untuk menghilangkan penyakit COVID-19 juga semakin tular
di arus media sosial sejak akhir-akhir ini seperti makan bawang putih mentah
untuk mencegah jangkitan wabak ini dan juga yang lain adalah berbahaya dan
berpotensi mengancam nyawa anda. Oleh itu, anda seharusnya berusaha untuk
memastikan kesahihan maklumat dengan melayari laman web WHO iaitu Pertubuhan
Kesihatan Sedunia untuk mendapatkan info berkaitan wabak ini.
3) Jangan percaya sepenuhnya apa yang anda lihat di media
sosial.
Terdapat banyak
maklumat yang kita dapat berkaitan dengan COVID-19 tidak kira di WhatsApp,
Facebook dan sebagainya. Tetapi maklumat yang kita dapat itu mungkin boleh
diambil, diedit atau dimoderasikan secara digital untuk mengelirukan kita. Oleh
itu, semak sumber maklumat yang dipercayai seperti pakar kesihatan atau lakukan
carian Google atau carian imej Google untuk penyelidikan jika imej dan video
telah dimanipulasi.
4) Mengamalkan jarak sosial (social distancing).
Apabila kita
melangkah keluar dari rumah untuk membeli barang keperluan ataupun atas urusan
pekerjaan, anda seharusnya mengamalkan jarak sosial (social distancing)
sekurang-kurangnya 1 meter dari orang lain untuk menghalang penyebaran wabak
COVID-19.
5) Mematuhi arahan Pihak Berkuasa.
Pihak berkuasa di
sini merujuk kepada mereka yang bertanggungjawab dalam membasmi penyebaran
penyakit COVID-19 seperti KKM, PDRM dan pihak berwajib yang lain. Oleh itu,
kita sebagai rakyat yang prihatin terhadap isu yang melanda negara kita ini
haruslah mematuhi arahan pihak berkuasa ini agar negara kita kembali pulih dari
wabak ini. Sebagai contoh, mematuhi arahan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia
(KKM) iaitu dengan bersikap jujur dalam memberikan maklumat kepada pihak
perubatan sekiranya mempunyai simptom-simptom yang menjurus kepada penyakit
COVID-19. Walau bagaimanapun, terdapat juga arahan lain yang kita harus patuhi
bagi membendung penularan wabak ini.
6) Berdoa
Malaysia merupakan
negara yang kaya dengan budaya, agama dan bangsa. Oleh itu, tidak kira apa pun
agama anda baik Islam, Kristian, Buddha, Hindu dan sebagainya, kita haruslah
bersama-sama berdoa kepada yang Maha Esa agar negara kita bahkan di seluruh
dunia pulih dari wabak ini dan juga kepada mereka yang terlibat secara langsung
dan tidak langsung dalam menangani penyakit ini agar diberi perlindungan dan
hikmat menghadapi wabak ini.
Kesimpulan & Ulasan Penulis :
Walaupun negara
kita menghadapi penularan wabak COVID-19 yang sekarang ini berada dalam tahap
yang membimbangkan, namun kita haruslah melakukan sebahagian tugas kita untuk
menghalang penyakit ini daripada merebak secara berterusan dan biarlah Tuhan
yang Maha Kuasa melakukan apa yang kita tidak dapat lakukan. Kita juga haruslah
mendengar arahan dan seruan daripada PM kita iaitu ‘just stay at home’ ataupun
duduk diam di rumah. Hal ini adalah untuk memutuskan rantaian wabak ini
daripada tersebar. Walaupun pernyataan daripada Abraham Lincoln ini sering didengar
dan dilihat di mana sahaja namun ianya sangat relevan buat masa sekarang.
Pernyataan tersebut berbunyi sedemikian “Jangan tanya apa yang dibuat oleh
negara untukmu, tapi tanyalah apa yang boleh kamu buat untuk negara.” Oleh itu,
marilah kita bersama-sama membendung penularan wabak COVID-19 dan menyahut
seruan Perdana Menteri kita iaitu ‘just stay at home’. Jadikan negara Itali
sebagai teladan bagi kita wahai rakyat Malaysia yang tercinta.
Jangan lupa kongsikan kepada rakan anda!
Penulis : Jonathan Win
Jangan lupa kongsikan kepada rakan anda!
Penulis : Jonathan Win
RUJUKAN :
2) https://kpkesihatan.com/
Bermanfaat teman! teruskan usaha 😉👍🏻
ReplyDeleteTerima Kasih bro :)
Delete