Anda Lepasan SPM? Ketahui kelebihan dan kelemahan Diploma, STPM, Asasi & Matrikulasi !
Selepas tamat SPM mesti ramai pelajar yang tertanya-tanya apa yang harus dilakukan setelah mendapat keputusan peperiksaan. Mungkin ada diantara pelajar yang ingin terus bekerja setelah bertahun-tahun di alam persekolah. Namun kebanyakan pelajar akan membuat keputusan untuk menyambung pelajaran di peringkat yang lebih tinggi.
Untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, terdapat beberapa pilihan yang boleh diambil berdasarkan minat, kemampuan dan juga faktor kewangan.
Mari kita lihat kelebihan dan kelemahan diantara Diploma, STPM, Asasi dan Matrikulasi. Semoga pelajar di luar sana dapat memilih dan membuat keputusan dengan bijak.
1. Diploma
Kelebihan
- Sijil boleh digunakan untuk memohon kerja di syarikat kerajaan atau swatsa.
- Dapat merasakan dan menikmati suasana universiti.
- Kursus di peringkat diploma telah dikhususkan kepada bidang yang dipilih. Contohnya perakaunan dan kejuruteraan.
- Yuran yang murah (Untuk Politeknik).
- Boleh memohon biasiswa.
Kelemahan
- Yuran pengajian dan penginapan ditanggung oleh pelajar sendiri.
- Perlu membuat pinjaman seperti PTPTN sekiranya tidak mampu.
- Tempoh kursus biasanya lebih kurang 3 tahun berbanding Asasi, STPM dan Matrikulasi (biasanya setahun).
- Perlu bersaing dengan pelajar lain jika ingin melanjutkan ke peringkat ijazah sarjana muda.
2. STPM
Kelebihan
- Tempoh pembelajaran sekitar 1 tahun setengah.
- Sijil boleh digunakan untuk memohon pekerjaan.
- Kos lebih jimat. (Hanya perlu bayar yuran sekolah, tidak termasuk buku rujukan)
- Boleh memohon biasiswa.
- Boleh memohon terus ijazah sarjana muda melalui UPU berdasarkan kelayakan.
- Diiktiraf kemasukan ke kebanyakan universiti di dunia.
Kelemahan
- Pelajar perlu berusaha untuk mencapai keputusan yang baik.
- Buku rujukan untuk satu semester setebal buku rujukan SPM untuk tingkatan 4 & 5.
- Jika gagal, terpaksa mengulang semula atau memohon diploma.
3. Asasi/Foundation
Kelebihan
- Dapat merasai persekitaran universiti.
- Mudah ditawarkan terus ke peringkat ijazah.
- Ada elaun. (IPTA)
- Tempoh masa antara 1 hingga 2 tahun.
- Kursus telah dikhususkan. (sama seperti diploma)
Kelemahan
- Tempoh masa yang singkat bermakna tempoh pembelajaran yang pantas.
- Perlu rajin dan berkomitmen.
- Perlu bersaing untuk memilih kursus ijazah yang ‘high-demand’ seperti perubatan dan kejuruteraan.
4. Matrikulasi
Kelebihan
- Menjimatkan masa terutama untuk program 1 tahun.
- Banyak pilihan kursus untuk ke ijazah.
- Terdapat tiga jurusan yang boleh dipilih iaitu sains, perakaunan dan teknikal.
- Diberi elaun sebanyak RM 1,250 setiap semester.
- Suasana hampir sama dengan universiti.
- Sijil matrikulasi boleh memohon pekerjaan mulai tahun 2016.
Kelemahan
- Jika gagal menamatkan matrikulasi dengan keputusan yang baik, sukar untuk memohon UPU.
- Perlu bersaing untuk mendapat kursus yang diingini walaupun pointer melebihi 3.00.
- Perlu rajin dan berkomitmen seperti Asasi.
Saya boleh katakan setiap pilihan mempunyai kebaikan dan keburukan masing-masing. Untuk pengetahuan anda, saya telah memilih haluan Asasi/Foundation dan apa yang saya boleh katakan komitmen dan usaha amat diperlukan untuk mencapai target tersebut.
Walau apa pun, keputusan yang anda telah pilih, lakukanlah yang terbaik demi mengejar ilmu dan cita-cita !
Artikelnya sangat bagus, Sudah Di Shared
ReplyDeleteCoba baca juga artikel menarik lainnya :
Agen SBOBET
Parlay Bola Jalan
Agen Poker IDN
Casino GD88
DAFTAR CASINO GD88
kalau gagal dalam stpm boleh smbung diploma mlalui spm ke
ReplyDeleteGak tahu njg
ReplyDeleteHow to Play Slots on Twitch for Free | VideoDl.cc
ReplyDeleteSlots games are fun, and so many are designed to entertain you and can be played on the same Twitch-like youtube mp4 platform. But how to play slots on Twitch?